En. Nuffnang..

Friday 27 September 2013

Nak Air Free Dari CoolBlog.?


Assalammualaikum..


berita baik untuk penggemar air Green Tea dari CoolBlog.. korang nak air green tea + pearl free tak.? ok, sekarang nie dari 19 September hingga 19 October 2013 CoolBlog tengah promosi filem Dampak.. pada siapa2 yang dahpun pergi menonton cerita nie dekat pawagam tiket tu janganlah dibuang.. simpan dan bawa ke CoolBlog.. dengan 1 tiket wayang cerita DAMPAK ( hanya cerita DAMPAK sahaja ok ) korang boleh beli 1 air tak kisah apa flavour and jenis dan boleh dapat 1 air green tea + pearl percuma.. mudah saja syaratnya.. like buy 1 and get free 1.. hehe..

Thankz 4 Reading..
Bye2..

Temui CoolBlog di Halfest 2013..


Assalammualaikum..


apa halfest tu.? halfest tu singkatan kepada Halal Festival.. festival yang menghimpunkan pelbagai produk Halal termasuklah CoolBlog.. korang2 yang duduk berdekatan dengan Selangor tu bolehlah rajin2 kesana pada 2 hingga 6 oktober nanti.. pastikan korang ke booth CoolBlog ye.. hehe.. kalau tahun sebelum nie CoolBlog menang anugerah Booth Terbaik mana tahu tahun nie menang anugerah lain pula.. :)

- Halfest Malaysia dibawakan oleh CIMB Islamic -

Tempat : Pusat Pameran Mines, Seri kembangan, Selagor
Tarikh : 2-6 October 2013

Thankz 4 Reading..
Bye2..

Thursday 26 September 2013

Birthday Girl..


Assalammualaikum..


happy birthday to me, happy birthday to me,, happyy birthdaaayyy to mee,,, happpyy birthhdaaayyy too meee.. hahaha.. 21 Sept haritu genaplah usia kita 19 tahun.. sebenarnya tak sangkapun dapat kek besar nie.. aku mintak dekat en.bf kek yang dah siap potong tu jewp, sekali dia bagi kita yang macam nie pula.. hehe.. thankz hubby..


walaupun tak dapat cheese cake tapi yang ini pun dah cukup.. hehe.. hubby kita memang sweet, cewaaahh.. nasib haritu dia amik cuti so dapatlah dia celebrate sikit and masak something for me haritu.. mee hoon ombak rindu kan b.? haha.. tak tahulah macam mana dia dapat nama mee hoon tu tapi ibu aku puji masakan dia.. hehe..


make a wish first.. semoga aku diberikan umur yang panjang, keluarga yang baik dan memahami, jodoh yang berkekalan bersama si dia, mertua yang boleh menerima aku seadanya dan anak2 yang comel 1 hari nanti.. ehehe.. fuhh... to my dear love thankz 4 this celebration cukx.. simple tapi cukup untuk aku rasa dihargai..

Thankz 4 Reading..
Bye2..

Hari Orientasi bersama Staff Baru CoolBlog & TBlogger..



Assalammualaikum..

hihihi.. maaf sebab dah lama tak update.. bukan apa, walaupun telah diberi kemudahan yang diinginkan tetapi masih ada 1 sifat dalam diri ini iaitu malas.. hehe.. konon sebelum ni cakap bolehlah selalu update blog tapi sudahnya terbengkalai juga.. maafkan saya ye blog kesayangan.. tapi hari2 aku buka kau dekat handphone tau.. nak update dekat handphone screen kecik.. sobsobsob.. nak buka laptop terasa berat jari ni sebab lepas balik kerja mata hanya mahu dimanjakan.. haha.. poyo sangat..


yang mana kita, yang mana kita.? haha.. seriesly aku tak pernah sangka yang 1 hari aku akan jadi salah seorang dari keluarga CoolBlog.. masa nie aku baru seminggu masuk kerja then kebetulan ada orientasi untuk staff baru so Area Supervisor aku suruh pergi.. mula2 rasa macam manalah bila aku pergi sana nanti, aku nie bukan jenis cepat bergaul.. tapi alhamdulillah, bila sampai sana semua senyum dekat kita.. orang office pun peramah dan masing2 cepat mesra..


yang sebelah aku tu kak shikin.. aku tak sure apa jawatan dia tapi yang pasti dia mesti salah seorang orang kuat CoolBlog..


yang berbaju pink tu of courselah CoolBlog punya staff.. yang 3 orang dekat depan tu pula supervisor and kak shikin.. then yang baju hitam tu Staff TBlogger.. korang pernah dengar nama tu tak.? sebelum nie aku pernah tengok jewp baju yang diorang pakai tu, rupa2nya TBlogger nie anak buah kepada CoolBlog.. yang membezakannya CoolBlog hanya tertumpu kepada air kan.? TBlogger pula senang cakap macam cafelah.. ada air and makanan.. walaupun majoriti pekerja TBlogger cina tapi jangan risau sebab makanan yang diorang jual tu HALAL..

Thankz 4 Reading..
Bye2..

Tuesday 10 September 2013

Berinternet Sepuas-puasnya..


Assalammualaikum..

Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga aku apa yang aku impikan selama nie.. entry sebelum nie kan dok beriye aku buat cerita sedih sebab kononnya tak dapat update blog selalu sebab tak ada internet dekat rumah.. huhu.. sadis sangat..


tapi sekarang tak lagi.. nasib baik ada en. bf yang selalu memahami.. cewaaahh.. kebetulan kawan 1 tempat kerja dengan Aidil nie dah tak nak pakai dia punya P1 sebab line tak bagus katanya.. Aidil pun tanyalah dekat aku, nak pakai tak P1 kawan dia tu.. kalau nak just sambung bayar jewp loe.. Apa b..?! gila kau tak nak.. hehe.. nie makin semangat nak update blog nie.. hihi.. semangatlah sangatkan.. nanti dah start kerja confirm jarang2 update juga.. hohoho.. no komenlah ye..

Thankz 4 Reading..
Bye2..