En. Nuffnang..

Thursday 27 June 2013

Menyirap Darah Aku.!!


Assalammualaikum..





korang pernah baca entri pasal cincin nie.? kalau belum meh klik sini dulu.. ( Thankz Love ) dah baca.? ok, tapi dalam entri tu hati aku bagai berbunga-2 kan.? maklumlah buah hati belikan something yang dah lama di idamkan.. tapi tidak dalam entri nie.. aku nak meroyan nie.. urghhh... panas hati gua sekarang nie..

ceritanya macam gini, pagi tadi aku bawa cincin nie pergi kedai silver sebab nak suruh diorang cuci.. then budak silver tu suruh aku amik lagi 5 minit macam tu.. so aku pergi lorh beli sarapan dulu.. then lepas dah beli sarapan aku pergi kedai tu balik.. budak tu say " awk kte x blh cuci cncin ni ", aku tanya lorh kenapa dia cakap " nie bukan silver, dia macam stainless steel tapi stainless steel tak boleh karat macam besi biasa jewp " what..?? besi biasa.?! nie nak bagi aku mengamuk pagi-2 nie.. tapi aku taklah mengamuk dekat kedai silver tu sebab bukan salah diorang kan.. tak apa, aku call Aidil suruh dia jumpa aku then pergi serang kedai amoi yang mulut manis tapi bau macam henjeng tu..

20 minit lepas tu Aidil sampai, kesian juga dekat Aidil.. dahlah kaki sakit pastu nak berkejar ke tempat aku pula.. sampai-2 jewp dia tanya aku masih simpan resit ke tak.. nasib baiklah aku simpan lagi, sebab selalunya resit-2 bagai nie memang aku sepah-2 jewp.. then terus cepat-2 pergi kedai kristal ue.. terkejut juga si amoi tu bila tengok kiteorang.. dahlah dia tengah sarapan.. Arghhh... aku peduli hape kau tengah sarapan ke apa ke.. yang penting aku nak tuntut hak aku..

konon-2 buat muka manis lorh, then tanya " yes.. ada apa.? " Aidil terus cakap " ini cincin u bg cincin apa.? " dengan selamba amoi tu jawab cincin silver.. wah... aku terus masuk " tapi tadi i nak cuci itu org kdai slver ckp ini bkn silver, stainless steel pun bkn psal dia mcm nk karat myb ni besi biasa.! " then dia pura-2 mcm belek-2 lorh.. pastu dia g amik tisu lap-2 dia punya jari sebab tadikan dia tengah mencekik.. eyh.. lama pula dia megelap jari dia.. maybe kawan dia lagi sorang tu rasa tak selesa dia amik cincin tu then tengok-2.. apa benda yang dia tengok pun aku tak tahu.. yang si amoi tadi tu dah macam batu tak tahu nak buat apa.. muka dah pucat, tahu pula kau takut erk..

pastu kawan dia cakap " habis skrg u nak kte buat ap dgn ini cncin " pergh... macam bodo seyh ayt dye.. tnya nk buat apa.. kalau aku nak jewp amik duit semula tapi Aidil cakap dia nak diorang tukar cincin tu jadi silver.. pastu kawan amoi tu cakap " ok lorh, ini cincin kita simpan dulu nanti i tanya kilang yang buat ini cincin boleh tukar silver tak, kalau tak boleh u tukar cincin lain lorh " huh.. kalau tak boleh ganti dengan silver betul memang aku nak amik duit semula.. tak ada makna nak tukar dengan cincin lain, takut nanti sama juga.. dah beli mahal-2 pastu kena tipu.. yes.!! aku memang suka kena tipu.. haram j betul diorang nie tau.. dahlah kena tunggu sampai 2 minggu.. err.. menyirap aku dengan diorang nie.. korang tunggu jewp loe k lepas 2 minggu  nie apa yang berlaku..

first and the last aku beli barang dekat YIN HER BIJOUX ENTERPRISE.. baru plan lepas nie nak beli rantai kristal dengan diorang.. tapi bila dah jadi macam nie terpaksa lorh lupakan semua tu.. nak cari kedai lain lorh.. huh... dalam business pun nak tipu-2 kan.. apa pun tak boleh..

Bye-2..
Thankz 4 Reading..

Wednesday 26 June 2013

Perkahwinan Keluarga Yang Pertama Selepas Aku Bekerja..


Assalammualaikum..

mak aih.. punya panjang tajuk entry kau teyn.. hakhak.. saje lorh wa nak buat gempak sikit.. huh.. gempak sangat.. :) ok.. hari sabtu ni aku ada majlis orang kahwin.. memang lorh orang takan kucing aku lakx yang kahwin.. hihihi...

the first wedding after i work.. betul ke.? entahlah, aku nie memang kaki bedal jewp.. hehe.. kalau ikutkan aku memang tak suka pergi wedding orang.. sebab aku tak suka tempat yang ramai manusia.. that why bila ada kawan-2 mak aku kahwin aku jarang ikut.. bukan nak sombong loe tapi memang nie peragai aku dari kecik.. then kalau pergipun mesti nak cepat-2 balik.. huhu..


Selamat Pengantin Baru Bangah and Kak Mel. tak sabar ni nak dapat anak buah baru.. gitu jewp lorh kau teyn, asik tunggu anak orang.. anak sendiri bila.? relaxlah beb.. banyak lagi masa.. hehe.. Majlis pernikahan diorang telah berlangsung di Masjid Al-Syakirin KLCC then majlis belah perempuan pulak dah pun selesai dekat KL haritu.. kiranya hari sabtu ni majlis belah lelaki lorh..awal-2 lagi mama dah cakap tema warna merah.. ouh ye.. for u ollz information mama tu mak cik aku merangkap mak kepada bangah nie tapi kiteorang semua panggil dia mama..

kurung peplum by ABC Butik..
( Amanda Boutique Collection )

amboi.. merahnya mak ngah.. haha.. semalam sampai jewp rumah terus try semua nie pastu berangan ala-2 model muslimah.. haha.. ini semua poyo ok.. punyalah susah nak cari peplum kurung warna merah.. actually aku tak minat design macam nie.. aku suka yang ada reben tapi yang bereben ue dah habis stock.. so terpaksalah amik design nie.. nak merah punya pasalkan.. bila dah try-2, eyh macam ok pulak, tapi kalau kain dia jenis yang macam duyung tu cantik.. tak apalah.. paling-2 pun aku pakai sekali jewp nie.. hehe..

Bye-2..
Thankz 4 Reading..

Friday 21 June 2013

Jerebu Ooii..


Assalammualaikum..

haish.. wah awal-2 dah mengeluh nie.. mestilah mengeluh.. seperti yang semua tahu sekarang nie Malaysia, Singapura dan Indonesia mengalami masalah jerebu yang semakin teruk.. semuanya berpunca dari negara Indonesia yang membuat pembakaran besar-besaran.. katanya semua tu berpunca dari musim kemarau dan menyebabkan hutan-2 tu terbakar dengan sendirinya.. iye ker.? aku tak tahulah..

--> LegoLand Johor Bahru <--

--> kawasan Muar <--


apa yang aku dengar-2, dengar-2 jewp loe sebab aku nie tak ada masa nak amik tahu hal negara sebab kerja aku nie pun dah macam mengalahkan perdana menteri.. nak tengok TV pown tak sempat.. padahal baru kerja dekat supermarket.. hihihi.. haaa.. lari topik pula kita nie, apa yang aku dengar titik-2 panas semakin banyak ini bermakna jerebu semakin menebal.. betul loe ue sebab pagi tadi masa nak pergi kerja pun aku rasa kabur gila permandangan..



dan yang pastinya face mask atau topeng mulut ea ke topeng muka nie mencatat jualan tertinggi sepanjang musim jerebu nie.. wahh... confirm sekarang nie kilang yang buat benda alah nie sedang giat menghasilkan mask-2nya.. jangan lepas nie keluar produk mask dengan macam-2 pattern sudah.. manalah kita tahukan.. otak orang business nie lain sikit.. haha.. mask yang berpattern sekarang nie memang ada tapi untuk orang bawak motor.. yang untuk kesihatan nie tak tahulah kitakan..

haaa.. yang nie baru untuk rider..
sumpah beb aku benci lelaki pakai macam nie.. ingat smart sangat ke.?


rasanya semua sekolah-2 di Johor dah ditutup kowt.. pergh.. untung juga jadi budak sekolah nie erk.. dulu time aku sekolah tak nak pula jerebu nie datang.. ada pun tak tebal macam sekarang lorh.. tak apa ye adik-2, korang yang tak sekolah tu jangan suka sangat, jangan ingat tak sekolah nak ngada-2 nak merayap sana sini.. yang nak exam tu ingat sikit k.. jaga kesihatan, nanti tak pasal-2 tak dapat amik exam.. hah ko kan kak teyn dah membebel.. hikhik.. kalau Aidil, aku baru nak intro membebel dia dah start buat don't know dah.. hahaha.. sabar jewp kita nie.. apa-2 pun korang jaga kesihatan ok, yang tak tahan tu carilah mask, aku nie antibody kuat sebab tu tak terjejas langsung.. cehh-2.. cakap besar gua nie kan.. :)

Bye-2..
Thankz 4 Reading..

Wednesday 19 June 2013

Bercuti Di Sarawak.. ( Last Part )


Assalammualaikum..

8 june 2013, 08.00 am.. bermulalah perjalanan kiteorang untuk keluar dari Kg Sg Kakus, Jalan Telaga Kumang, Sebuyau, Kuching, Sarawak.. hukhuk... sedih sangat sebab aku masih tak puas dekat rumah panjang.. tapi nak buat macam manakan.. tahun depan kalau panjang umur kita datang lagi k..

-- bye-2 semua.. tahun depan kita mesti datang lagi --

lepas keluar dari kg kiteorang taklah terus balik JB.. kiteorang stay rumah dekat Bandar Kuching pulak sebab ibu nak beli barang yang kawan-2 dia kirim.. dah alang-2 nak beli barang baik jalan-2 sekalikan.. hehe..


tempat pertama yang Gracie ( cousin Aidil ) bawak kiteorang ialah Pasar Satok.. rasanya pasar satok nie paling famous kowt dekat sarawak sebab mana-2 orang yang pergi sarawak mesti cerita pasal pergi pasar satok.. tujuan pergi sini sebab ibu nak cari kek lapis.. adush.. kek lapis jewp kowt.. nak pula keluaran tertentu, bukan  sebarangan.. leceh betul orang yang order dekat ibu aku tu.. hehe..


haa.. nasib baik jumpa salah satu dari keluaran yang kawan-2 ibu aku order tu.. Mira Cake House, ouh.. ini rupanya, lagi 1 pula nak keluaran Kek Lapis Dayang Salhah, eyh betul kew .? entah yang dayang-2 gitu loe nama dia.. tapi Kek Lapis Dayang ue tak ada dekat pasar satok.. tak apa, Gracie boleh bawak kiteorang ke kilang Kek Lapis Dayang Salhah tu.. yeaass... tak nak menghampakan orang JB kononnya.. seronok korang ea order-2 kek lapis, bak tang duit minyak kereta orang.. :)

destinasi seterusnya WaterFront, Kuching, Sarawak...


nak ke waterfront tu kiteorang kena jalan kaki sikit sebab tempat parkingnya jauh.. maybe ada yang dekat tapi tak apalah sebab dari dalam kereta aku asik memekak nak amik gambar kucing tu.. hehe..

--> with my ibu, mummy and abak <--

--> with my future husband, insyaallah <--

terselahkan kegelapan masing-2.? hehe.. yang penting kecomelan kak teyn nie masih terpelihara.. haha.. poyo giler aku nie.. ingat aku kisah.? urgh..


nie dekat waterfront.. time nie tenggah tunggu sampan amik kiteorang untuk keseberang.. tambang hanya 50sen jewp.. murahkan.? memang r murah, tak sampai 5 minit pon na seberang sungai tu.. ibu aku cakap dekat sungai tu ada buaya, sebab tu tak boleh bising-2.. iye kew.? yeye jewp erk.. tak nampak pun buaya.. tapi kalau nampak dah confirm-2 aku yang ajak balik dulu.. :)





kalau dekat sini korang tak payah risau kena tunggu lama ke tak sebab sampan diorang banyak.. 1 pergi 1 datang so tak perlu tunggu lama pun.. just diri jewp dekat jetty tu nanti datang la pakcik-2 yang bawak sampan nie.. lagi 1 tolong sediakan duit kecik ok.. jangan ingat korang tu melancong nak belagak bagi pakcik-2 tu duit besar.. kalau sekali naik 10 orang tak apa, nie kalau setakat 2 3 ketul ta payah ngada-2.. eyh.. teremosi pula kak teyn nie.. hihi..

--> abaikan makcik tu ok.. dia tiada kena mengena dengan kami :) <--

--> senyum-2 suspen nie, seram kowt weyh.. sampan tu goyang-2.. <--

turun jewp dari sampan tu ibu terus pergi kilang Kek Lapis Dayang Salhah.. dekat dalam tu aku rasa adalah dalam setengahjam lebih.. time untuk membayar pulak.. eyh-2, cashier dia en.gadis ( pondan ) lorh.. perghh.. punya loe selege + gedik giler.. dengan kiteorang pun nak speaking english.. walaweh... kau tengok kiteorang nie ada macam pelancong dari Ostolia ( australia ) kew.? dah kira-2 semua sekali rm145.00 then dia cakap kalau kiteorang amik 1 lagi kek lapis yang harga rm25 dia just kira rm5 jewp.. so aku amik lorh kek lapis cadburry cheese pastu dia cakap kek lapis tu rm20, aku dah nak menyirap dah.. dah sah-2 dekat icebox tu tulis harga cadburry cheese rm25 so what the false.? last-2 dia dah bengang dia cakap "ops.. sorry.. i confius tadi.. sebab tokey laksa tu cakap dengan i".. apa kejadahnya si en.gadis nie.. huh..bedak jewp tebal.. emosi betul aku bila fikir balik pasal si en.gadis tu..


lepas ibu dah habis borong kek lapis ingatkan nak pergi makan.. eyh.. dia singgah pula dekat kedai yang jual ikan terubuk.. habis semua ikan tu aku rasa dia borong.. yang orang kirim lain yang yang sendiri punya lain.. yela bukan senang nak cari ikan terubuk sarawak nie kan..

sedar tak sedar hari dah makin gelap.. ok, mummy dengan abak pun dah letih.. kecian diorang.. kalau ikut Aidil dia nak jewp jalan lagi tapi kesian pulak dekat mummy dengan abak.. sebelum balik kiteorang singgah shopping complex jap, beli cermin mata untuk mummy then terus balik rumah kemas barang apa semua, tidur..

9 june 2013, 04.30 am.. memandangkan flight balik JB pukul 6.05 am so kenalah bangun awal-2 subuh.. rasa berat hati nak tinggalkan sarawak, tapi aku kena balik juga.. muka Aidil pun tak semangat langsung nak balik.. tapi kiteorang ada kerja di sini.. Insyaallah lepas kahwin nanti kiteorang akan stay Sarawak.. Aku nak jadi orang Sarawakian pula.. haha..

Bye-2..
Thankz 4 Reading..

Tuesday 18 June 2013

Bercuti Di Sarawak.. ( Part 2 )


Assalammualaikum..

korang yang masuk sini dah baca part 1 belum.? kalau belum meh klik -- Bercuti Di Sarawak.. ( Part 1 ) -- dah baca dah.? ok, let's continue my story..


selama 3 hari dekat rumah panjang aku rasa best giler, sebab orang-2 dekat sana memang peramah habislah.. then selama 3 hari tu juga tak putus-2 jiran and sedara-mara datang walaupun hari-2 muka yang sama.. Aidil cakap macam tulah cara orang rumah panjang.. senang cakap diorang nie menghargai tetamu lorh..


walaupun bahasa mereka sangat berbeza dengan bahasa johor tapi kiteorang tak susah sebab tukang translate ada.. hehe.. Tq b sebab sudi jadi tukang translate tak berbayar kami.. ahakx..



ok.. waktu malam pula orang-2 dekat rumah panjang nie ada kelas.. pendek cakap sekolah orang tua lorh.. masing-2 semua bersemangat untuk belajar, sebelum pukul 7 semua dah ready.. yang hidupkan lampu lain, yang bentang tikar lain.. aku suka semangat yang ada pada diorang.. thankz pada kerajaan sebab wujudkan kelas macam nie untuk mereka.. that why aku sokong kerajaan habis-habisan.. cewaaah..


petang-2 Aidil bawak aku jalan-2 dekat sekitar rumah panjang.. udara segar jewp.. kalaulah air sungai tu jernih dah lama aku terjun.. sungai tu bukan kotor tapi air dia warna hitam sebab dari tanah gambut.. patut lorh dulu Aidil tak bagi aku mandi sungai.. hihi.. tapi dapat juga mandi dekat sungai ue sekali.. pastu tak boleh mandi dah sebab kulit aku gatal-2.. haish.. susahkan kalau ada kulit sensitif nie.. semua tak boleh..


haaa... comel tak boy nie.? ini anak angkat Aidil dekat kg.. Amanuel kalau tak silap aku nama dia.. kalau korang dengar dia cakap confirm korang geram.. memang clear habis dia cakap.. tak pelat langsung.. padahal umur baru nak masuk 2 tahun.. Aidil cakap dia nie bestfriend mummy dekat kg.. hehe.. maklumlah mummy kan sorang-2 dekat kg.. xpe mmy, nanti kiteorang bagi mummy cucu ye.. haha.. entah bila lah gaknya..

BERSAMBUNG...

Monday 17 June 2013

Bercuti Di Sarawak.. ( part 1 )


Assalammualaikum..

haish... hari nie baru berkesempatan nak story about my holiday.. yeaargh.. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik semuanya berjalan dengan lancar.. no flight delay, no problem with our luggage n everything is ok..


flight hari rabu_5 june 2013, 06.55 am.. biasalahkan kalau naik flight mesti kena check in 2 jam lebih awal.. huh... punyalah susah nak tidur malam tu sebab takut lambat bangun.. last-2 dua2 handphone aku set alarm..
excited punya pasal.. hehe.. tak sabar nak jumpa buah hati dekat sana.. baru seminggu kowt berpisah.. hey seminggu macam setahun doe.. hakhakhak...


masa kapal terbang ue dah nak gerak ibu cakap telinga dia berdesing tapi aku rasa ok jewp.. cehh.. macam bangga r sebab aku tak rasa apa-2 effect macam orang lain cakap sebelum nie.. tapi bila dah lebih kurang 1 jam dekat atas tu aku mula rasa nak muntah.. relax-2, kepala aku pula pening.. pergh.. tekak dah memang loya habis.. takkan nak muntah dekat situ beb.. Eeeuu.. last-2 dengar pramugari buat announcement yang flight dah nak landing.. fuhh.. lega rasa time ue.. mintak ibu minyak kapak sikit pastu pejamkan mata 5 minit.. terus rasa lega..




lepas dah setel check imigresen aku terus ke lobi airport.. cari-2 Aidil tak jumpa.. dia cakap dia tunggu dekat situ.. huh.. hampehnya pakcik, dia main sorok-2 dengan kita pula.. dia ingat tiang yang besar tu boleh lindung dia gakxnya.. hello cik Aidil, ini Fathin Nadziha la.. hehe.. bila tengok dia untuk pertama kalinya selepas seminggu tak jumpa, Ya Allah.. hitamnya.. haha..



untuk ke kg Aidil mengambil masa dalam 2 jam jugalah.. syok juga dalam perjalanan tu.. macam-2 boleh tengok.. sampai 1 tempat kiteorang kena naik ferry, masa van dah masuk dalam ferry ue kitaorang keluarlah.. menikmati permandangan kononnya.. hehe..


ok.. akhirnya sampai juga kami di kg Aidil.. Kg. Sg. Kakus, Jalan Telaga Kumang, Sebuyau, Kuching, Sarawak.. haaa... amik kau dia punya nama kg.. hikhik.. ingat senang ke nak masuk kg nie.? korang kena jalan kaki sepanjang 3km dulu baru korang boleh sampai sini.. fuhh.. perasaan aku time ue.? tak adalah susah sangat sebab kiteorang memang dah biasa jalan kaki..

kiteorang masuk jewp Rumah Panjang ue terus semua jiran-2 n sedara-mara datang serbu rumah Aidil.. Wow.. terkejut juga aku time tu tapi lebih rasa teruja sebab macam gitu sekali sambutan diorang untuk orang luar macam aku dengan ibu.. hihi..

BERSAMBUNG...

Thursday 13 June 2013

It's Ok Return Crew..


Assalammualaikum..

lamakan blog nie terbiar.? ahakx.. biasalah tuan empunya blog nie baru balik dari cuti-2 malaysia.. hari nie baru berkesempatan nak update blog.. hihi.. ouh.. ye.. dalam bergembira bercuti di Sarawak, ada juga berita sedih yang diterima..


pada peminat rancangan realiti Showdown maybe ramai yang dah tahukan group mana yang berjaya and group mana yang gagal ke peringkat seterusnya.. group aku "Return Crew" hanya mampu sampai ke peringkat Quarter Final jewp.. Ouh.. sedihnya..


BUT.... it's ok guy.. atleast korang dah buat yang terbaik.. apapun aku suka semangat yang ada pada korang.. macam tulah kawan aku.. hehe.. perjalanan dance korang tak sampai dekat situ jewp.. Insyaallah lepas nie mesti akan ada job untuk korang kan.?? hehe.. yang penting usaha beb..


biar menyesal sekarang beb jangan menyesal nanti.. aku tetap support korang..
hope korang menang untuk muzik extra tu nanti..
Insyaallah..
 Bye-2..

Monday 3 June 2013

Yeay.. Return Crew Ke Quarter Final ( Showdown 2013 )..


Assalammualaikum..


RETURN CREW.!!! Tahniah guys.. seperti post aku yang lepas kan aku ada cakap crew aku masuk Showdown 2013 kan.? tak baca lagi.? meh klik SINI dulu.. untuk Showdown 2013 nie diorang buat perubahan sedikit.. ada 3 kategori iaitu Junior, Open and All Star.. untuk kategori Junior pesertanya bawah 18 tahun dan untuk kategori Open dah tentulah tiada had umurkan.. untuk kategori All Star pulak, aku dengar-2 penari yang dijemput khas oleh pihak Showdown sendiri.. wow.. confirm yang hebat-2 nie.. agak-2 Wakaka Crew ada tak.? kita suka Wakaka Crew juga.. ahakx..


crew aku masuk untuk kategori Open, aku tengok pesaing diorang hebat-2 juga semalam.. Return Crew.!! korang mesti buat yang terbaik ok.. Return Crew boleh, JDT pown boleh.. tiba-2 masuk JDT pulak pahal.. haha..

dapat snap 1 gambar jewp.. apa punya cameraman lorh kan..

barisan juri yang mengadili persembahan semalam...
Bboy Full Deck, Junior Boogaloo and juri tetap Joe Flizzow..


pada korang yang tak tahu, Showdown 2013 akan bersiaran pada setiap hari Sabtu, 10.30 malam dan Ahad, 10.00 malam.. dan pada yang terlepas episod yang lepas jangan risau, sebab korang masih boleh tengok dekat Tonton.Com.. tapi kena register dulu lorh.. tak susah pown, register 2 pown free beb.. lepas nii jangan miss setiap episod k.. support crew aku juga tau kalau korang minat..

hari rabu dah terbang ke Sarawak..
Cuti-cuti malaysia..
Bye-2 JB..