En. Nuffnang..

Wednesday, 19 June 2013

Bercuti Di Sarawak.. ( Last Part )


Assalammualaikum..

8 june 2013, 08.00 am.. bermulalah perjalanan kiteorang untuk keluar dari Kg Sg Kakus, Jalan Telaga Kumang, Sebuyau, Kuching, Sarawak.. hukhuk... sedih sangat sebab aku masih tak puas dekat rumah panjang.. tapi nak buat macam manakan.. tahun depan kalau panjang umur kita datang lagi k..

-- bye-2 semua.. tahun depan kita mesti datang lagi --

lepas keluar dari kg kiteorang taklah terus balik JB.. kiteorang stay rumah dekat Bandar Kuching pulak sebab ibu nak beli barang yang kawan-2 dia kirim.. dah alang-2 nak beli barang baik jalan-2 sekalikan.. hehe..


tempat pertama yang Gracie ( cousin Aidil ) bawak kiteorang ialah Pasar Satok.. rasanya pasar satok nie paling famous kowt dekat sarawak sebab mana-2 orang yang pergi sarawak mesti cerita pasal pergi pasar satok.. tujuan pergi sini sebab ibu nak cari kek lapis.. adush.. kek lapis jewp kowt.. nak pula keluaran tertentu, bukan  sebarangan.. leceh betul orang yang order dekat ibu aku tu.. hehe..


haa.. nasib baik jumpa salah satu dari keluaran yang kawan-2 ibu aku order tu.. Mira Cake House, ouh.. ini rupanya, lagi 1 pula nak keluaran Kek Lapis Dayang Salhah, eyh betul kew .? entah yang dayang-2 gitu loe nama dia.. tapi Kek Lapis Dayang ue tak ada dekat pasar satok.. tak apa, Gracie boleh bawak kiteorang ke kilang Kek Lapis Dayang Salhah tu.. yeaass... tak nak menghampakan orang JB kononnya.. seronok korang ea order-2 kek lapis, bak tang duit minyak kereta orang.. :)

destinasi seterusnya WaterFront, Kuching, Sarawak...


nak ke waterfront tu kiteorang kena jalan kaki sikit sebab tempat parkingnya jauh.. maybe ada yang dekat tapi tak apalah sebab dari dalam kereta aku asik memekak nak amik gambar kucing tu.. hehe..

--> with my ibu, mummy and abak <--

--> with my future husband, insyaallah <--

terselahkan kegelapan masing-2.? hehe.. yang penting kecomelan kak teyn nie masih terpelihara.. haha.. poyo giler aku nie.. ingat aku kisah.? urgh..


nie dekat waterfront.. time nie tenggah tunggu sampan amik kiteorang untuk keseberang.. tambang hanya 50sen jewp.. murahkan.? memang r murah, tak sampai 5 minit pon na seberang sungai tu.. ibu aku cakap dekat sungai tu ada buaya, sebab tu tak boleh bising-2.. iye kew.? yeye jewp erk.. tak nampak pun buaya.. tapi kalau nampak dah confirm-2 aku yang ajak balik dulu.. :)





kalau dekat sini korang tak payah risau kena tunggu lama ke tak sebab sampan diorang banyak.. 1 pergi 1 datang so tak perlu tunggu lama pun.. just diri jewp dekat jetty tu nanti datang la pakcik-2 yang bawak sampan nie.. lagi 1 tolong sediakan duit kecik ok.. jangan ingat korang tu melancong nak belagak bagi pakcik-2 tu duit besar.. kalau sekali naik 10 orang tak apa, nie kalau setakat 2 3 ketul ta payah ngada-2.. eyh.. teremosi pula kak teyn nie.. hihi..

--> abaikan makcik tu ok.. dia tiada kena mengena dengan kami :) <--

--> senyum-2 suspen nie, seram kowt weyh.. sampan tu goyang-2.. <--

turun jewp dari sampan tu ibu terus pergi kilang Kek Lapis Dayang Salhah.. dekat dalam tu aku rasa adalah dalam setengahjam lebih.. time untuk membayar pulak.. eyh-2, cashier dia en.gadis ( pondan ) lorh.. perghh.. punya loe selege + gedik giler.. dengan kiteorang pun nak speaking english.. walaweh... kau tengok kiteorang nie ada macam pelancong dari Ostolia ( australia ) kew.? dah kira-2 semua sekali rm145.00 then dia cakap kalau kiteorang amik 1 lagi kek lapis yang harga rm25 dia just kira rm5 jewp.. so aku amik lorh kek lapis cadburry cheese pastu dia cakap kek lapis tu rm20, aku dah nak menyirap dah.. dah sah-2 dekat icebox tu tulis harga cadburry cheese rm25 so what the false.? last-2 dia dah bengang dia cakap "ops.. sorry.. i confius tadi.. sebab tokey laksa tu cakap dengan i".. apa kejadahnya si en.gadis nie.. huh..bedak jewp tebal.. emosi betul aku bila fikir balik pasal si en.gadis tu..


lepas ibu dah habis borong kek lapis ingatkan nak pergi makan.. eyh.. dia singgah pula dekat kedai yang jual ikan terubuk.. habis semua ikan tu aku rasa dia borong.. yang orang kirim lain yang yang sendiri punya lain.. yela bukan senang nak cari ikan terubuk sarawak nie kan..

sedar tak sedar hari dah makin gelap.. ok, mummy dengan abak pun dah letih.. kecian diorang.. kalau ikut Aidil dia nak jewp jalan lagi tapi kesian pulak dekat mummy dengan abak.. sebelum balik kiteorang singgah shopping complex jap, beli cermin mata untuk mummy then terus balik rumah kemas barang apa semua, tidur..

9 june 2013, 04.30 am.. memandangkan flight balik JB pukul 6.05 am so kenalah bangun awal-2 subuh.. rasa berat hati nak tinggalkan sarawak, tapi aku kena balik juga.. muka Aidil pun tak semangat langsung nak balik.. tapi kiteorang ada kerja di sini.. Insyaallah lepas kahwin nanti kiteorang akan stay Sarawak.. Aku nak jadi orang Sarawakian pula.. haha..

Bye-2..
Thankz 4 Reading..

No comments:

Post a Comment