En. Nuffnang..

Monday, 17 June 2013

Bercuti Di Sarawak.. ( part 1 )


Assalammualaikum..

haish... hari nie baru berkesempatan nak story about my holiday.. yeaargh.. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik semuanya berjalan dengan lancar.. no flight delay, no problem with our luggage n everything is ok..


flight hari rabu_5 june 2013, 06.55 am.. biasalahkan kalau naik flight mesti kena check in 2 jam lebih awal.. huh... punyalah susah nak tidur malam tu sebab takut lambat bangun.. last-2 dua2 handphone aku set alarm..
excited punya pasal.. hehe.. tak sabar nak jumpa buah hati dekat sana.. baru seminggu kowt berpisah.. hey seminggu macam setahun doe.. hakhakhak...


masa kapal terbang ue dah nak gerak ibu cakap telinga dia berdesing tapi aku rasa ok jewp.. cehh.. macam bangga r sebab aku tak rasa apa-2 effect macam orang lain cakap sebelum nie.. tapi bila dah lebih kurang 1 jam dekat atas tu aku mula rasa nak muntah.. relax-2, kepala aku pula pening.. pergh.. tekak dah memang loya habis.. takkan nak muntah dekat situ beb.. Eeeuu.. last-2 dengar pramugari buat announcement yang flight dah nak landing.. fuhh.. lega rasa time ue.. mintak ibu minyak kapak sikit pastu pejamkan mata 5 minit.. terus rasa lega..




lepas dah setel check imigresen aku terus ke lobi airport.. cari-2 Aidil tak jumpa.. dia cakap dia tunggu dekat situ.. huh.. hampehnya pakcik, dia main sorok-2 dengan kita pula.. dia ingat tiang yang besar tu boleh lindung dia gakxnya.. hello cik Aidil, ini Fathin Nadziha la.. hehe.. bila tengok dia untuk pertama kalinya selepas seminggu tak jumpa, Ya Allah.. hitamnya.. haha..



untuk ke kg Aidil mengambil masa dalam 2 jam jugalah.. syok juga dalam perjalanan tu.. macam-2 boleh tengok.. sampai 1 tempat kiteorang kena naik ferry, masa van dah masuk dalam ferry ue kitaorang keluarlah.. menikmati permandangan kononnya.. hehe..


ok.. akhirnya sampai juga kami di kg Aidil.. Kg. Sg. Kakus, Jalan Telaga Kumang, Sebuyau, Kuching, Sarawak.. haaa... amik kau dia punya nama kg.. hikhik.. ingat senang ke nak masuk kg nie.? korang kena jalan kaki sepanjang 3km dulu baru korang boleh sampai sini.. fuhh.. perasaan aku time ue.? tak adalah susah sangat sebab kiteorang memang dah biasa jalan kaki..

kiteorang masuk jewp Rumah Panjang ue terus semua jiran-2 n sedara-mara datang serbu rumah Aidil.. Wow.. terkejut juga aku time tu tapi lebih rasa teruja sebab macam gitu sekali sambutan diorang untuk orang luar macam aku dengan ibu.. hihi..

BERSAMBUNG...

2 comments:

  1. wahh bestnya.. seronok baca, tak sabar nak tau sambungannya lagi.. :)
    jom singgah kat blog iha pulak.. nanti senang iha nak datang sini lawat Fathin :)
    http://ihazaliza.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. hehe.. thankz..
    ok, nanti ateyn singgah ye.. :)

    ReplyDelete