En. Nuffnang..

Friday, 31 May 2013

Terima Kasih Rakan Blogger..


Assalammualaikum..

Alhamdulillah.. semakin hari jumlah follower aku semakin memberansangkan.. Auw.. ayat aku.. hehe.. i know my blog taklah sebest and sekreatif mana.. tapi aku selesa dengan semua benda yang simple.. apa yang aku rasa aku boleh kongsikan aku kongsi..


nie masa 2 bulan yang lepas aku rasa.. kesiankan, sorang-2 tiada yang menemani.. hehe.. tapi atas usaha sendiri kini aku ada pengikut yang setia disisi.. haish.. bukan pengikut ayah pin 2, pengikut blog nie lorh .. :-)


walaupun baru 6 orang ( kecuali yang bawah tu ), ia cukup membuatkan aku gembira.. bersikit-2 dahulu, berbanyak-2 kemudian.. eyh.. ada ke peribahasa macam tu weyh.? arghh.. lantak lorh.. aku punya sukalah nak buat peribahasa macam manapun kan.. haha.. Thankz blogger, sebab sudi follow blog kita yang sedikit awesome nie.. Awesome kew.?  anda yang menentukan.. :-)


Tak lupa gak nie, terima kasih untuk abang Ben Ashaari sebab approve kita masuk dalam group Kelab Blogger.. blogger-2 dekat situ semua tak sombong and masing-2 saling bertukar link untuk promote blog masing-2.. enjoy sangat dekat Kelab Blogger yang didirikan oleh abang Ben Ashaari.. Terima Kasih, Bye-2..


Thursday, 30 May 2013

Menghitung Hari..


Assalammualaikum...

OhMyGod OhMyGod OhMyyGoooooood.... dah kenapa kau.. ahakx.. nie na cerita nie.. pejam celik pejam celik lagi 6 hari aku akan terbang ke Sarawak.. OhMyGucci.. Eeuu.. gedik amat ayat.. haha... wah.. dah feel-2 dah nie masa naik kapal terbang tu nanti.. hikhik.. maklum saja first time naik kapal terbang.. excited gua beb.. excited-2 juga tapi tujuan ke sana tu kena betulkan.. Eyh.. betul apa, pergi sana jumpa bakal mak mertua mintak restu keluarga dekat sana balik sini KAHWIN..!! hahaha.. banyak aku punya kahwin.. Aidil tu tak habis belajar pasal ISLAM lagi larh teyn.. tapi mak aku cakap boleh jewp kahwin even dia masih dalam proses pembelajaran tentang ISLAM.. benda yang baik elok dipercepatkan.. Ngee..

harap-2 Allah permudahkan jalan kami.. hubungan aku dengan mummy Aidil ok jewp.. selalu juga aku berbual dengan mummy melalui telefon.. walaupun agama aku dengan mereka berbeza tapi kalau masing-2 ada persefahaman tak salahkan.. yang penting, kita hormat agama dan kepercayaan mereka dan mereka juga begitu.. 1 malaysia maa.. haha.. 

Aidil pukul 12.05 pagi tadi dah sampai Kuching.. dia balik awal sebab nak sambut gawai dekat sana.. tahun lepas tak balik so tahun nie kena balik.. dari pagi call aku suara happy jewp.. aku dengan ibu 5 hari bulan baru berangkat ke sana.. Ouh.. tak sabarnya.. rugi jugakan sebab tak dapat tengok macam mana diorang sambut gawai.. xpe-2, tahun depankan ada.. Hehe..


Bye-2 JB.. 
Hye-2 Sarawak.. haha..

Wednesday, 22 May 2013

Mereka yang Awesome..


Assalammualaikum..

macam mana nak mula nie.. hurm.. apa erk.. adush.. once upon a time.. alarh.. apa aku merepek nie..
susah pulak kita nak cari ayat.. bedal jewp lorh erk.. hihi.. nak dijadikan cerita, hari isnin tu aku telah berkeluaran dengan kak syaz, ej and my hubby ( mesti kena ada ^-^) .. dah berbulan kowt kiteorang tak jumpa.. so memang happening gila lorh..


mula-2 ingat nak pergi Pandan Uptown then makan-2 pastu balik tapi syok punya pasal sampai tak ingat masa.. tengok-2 jam dah pukul 4.30 pagi.. haha.. nasib baik esoknya cuti tapi kesian kak syaz sebab dia kena kerja gakx.. enjoy-2 juga tapi tugas sebagai guru harus dilaksanakan.. waa.. gitu.. nasib baik jugalah dia cikgu sesi petangkan.. dekat Pandan Uptown tak lama pun sebab Aidil  just nak cari beg untuk balik sarawak..

situasi yang aku rasa paling bangang bin bebal time kiteorang nak makan.. oleh kerana perut masing-2 dah mengerutu so kiteorang just pergi medan selera dekat situ jewp.. tak sempat kiteorang nak panaskan bontot terus meja kiteorang kena serbu dengan pelayan-2 warung dekat situ.. Ya Allah kau bayangkan macam mana dalam keadaan yang sempit tu diorang boleh terpa tanpa bagi peluang untuk korang memilih.. masing-2 nak promote makanan dari gerai masing-2.. huh.. Aidil dengan Ej awal-2 dah pilih Nasi Ayam Biasa.. ok bab diorang setel, aku dengan kak syaz masih membelek-2 menu yang ada.. tak boleh concentrate aku dengan cara diorang macam tu.. last-2 kak syaz cakap " ateyn pilihlah, kak syaz ikut ateyn ", akupun tak ada pilihan time tu terus cakap mee hoon goreng basah.. padahal nak makan nasi tapi mulut nie laju jewp cakap mee hoon goreng basah.. argh.. mee hoon pown mee hoon larh..

lepas air sampai makananpun sampai.. haa.. nie yang nak bagi aku maki-2 diorang nie.. aku order mee hoon goreng basah yang sampai mee goreng basah.. pergh.. menyirap darah gua beb.. aku dahlah tak makan mee kuning ue sangat sebab aku takut ada rasa kapur, nak pergi tukar orangnya awal-2 dah bla dulu.. Aidil dengan Ej cakap makan jewp loe.. ok makan, kak syaz makan baru dua suap dah tak tahan sebab mee dia pedas ( kak syaz memang tak makan pedas ) last-2 tukar makanan dengan Ej.. nasib baik meenya tak ada rasa kapur kalau tak memang berlaparlah aku malam tu.. lepas makan masing-2 pergi beli barang then pergi ke destinasi seterusnya..


keluar dari Pandan Uptown baru pukul 1 pagi.. kak syaz ajak pergi karaoke pulak.. ok, memang dah dijangkakan dah.. hehe.. kiteorang pun pergi Disc Laser dekat sikit nak balik nanti.. apa yang aku suka dekat Disc Laser nie korang boleh nyanyi sampai pukul berapa korang nak walaupun masa dekat counter cakap 2 jam.. lagi satu dekat sini diorang guna sistem Open.. korang masuk, nyanyi sampai korang puas then dah habis baru bayar..

tengok Ej ue, dah macam penyanyi dangdut dah..
Aidil pulak sampai tertarik-2 tali tu dia buat..

muka penat + ngantuk, mana taknya balik kerja terus keluar..

sorang dancer, sorang rocker.. ok lorh ue..

dah nak terlelap dah mata kak syaz ue tapi still nak pilih lagu lagi..

thankz kak syaz sebab sudi bawak adik-2 awak nie jalan-2.. ouh.. ye.. sebelum terlupa, al-fatiha buat nenek kak syaz yang baru meninggal pagi semalam.. dan Selamat Pengantin Baru buat kak syaz.. sabtu nie dia nikah.. tapi aku tak boleh pergi sebab tak dapat cuti.. sob sob.. apa-2 pun semoga bahagia kak syaz.. We Love You 4 Ever.. haha

BYe-2..

Monday, 20 May 2013

Thankz Love..


Assalammualaikum..

kalau perempuan lain, bila ditanya perhiasan apakah yang paling mereka minat confirm-2 ramai yang cakap emas kan.? tapi tidak pada aku.. tak tahulah kenapa, maybe sebab aku rasa makcik-2 jewp kowt yang layak pakai emas sedangkan aku nie masih sweet-2 remaja lagi so tak sesuai dengan emas.. haha.. kalau aku nak pakai barang kemas pun maybe lepas kahwin nanti, so nampak sikit lorh kematangannya.. aceh..


dah lama sebenarnya aku usha barang nie.. aku memang minat gila dengan kristal.. tengok dia punya bling-2 and shine-2 ue rasa macam nak grab semua tapi kristal nie harga dia boleh tahan gakx walaupun bila jual tak laku.. so aku try lorh cakap kat my hubby yang aku nak cincin kristal.. nak tahu apa jawapan dia.? " sayang servey la dulu, nanti b tgok " ahakx.. bagai pucuk dicipta ulam mendatang terus aku senyum sampai ke telinga..



survey punya survey akhirnya dapat apa yang dikenankan.. mula-2 pilihan aku nak yang warna baby blue tapi cik abang tu punya pilihan warna dark purple.. dua2 punya design pun not bad.. memandangkan cik abang kita yang nak beli so kita ikut sajalah pilihan dia.. cantik jugakan yang nie.? yang penting kristal ok.. hehe..


si amoi sales girl tu cakap semua kristal ada maksudnya.. untuk yang aku punya nie dia cakap bagus untuk kesihatan.. si pak cik 2 dia dengar amoi tu cakap untuk kesihatan terus dia cakap " baguslah tu yang, sayangkan selalu sakit " waa.. sedap tekak dia jewp cakap aku selalu sakit.. bukan selalu tapi kadang-kadaang ok.. huh.. then untuk yang warna baby blue pulak amoi tu cakap untuk meningkatkan prestasi kerja.. macam-2 kan diorang nie.. pandainya nak tarik minat customer.. lepas nie kalau aku sakit lagi standby amoi tu aku serang.. haha.. dah kalau nak sakit-2 gakx ea..


btw.. b thankz 4 this crystal ring.. i like it and i love u so much.. hehe.. sayang akan jaga cincin nie macam mana hby jaga sayang selaman nie.. haha.. tiba-2 berjiwang bagai.. tapi aku ikhlas..


Thankz Love ( Aidil Ashraf )
Bye-2..

Friday, 17 May 2013

Crew Aku Masuk Showdown 2013.!!


Assalammualaikum..

OMG.. macam tak percaya bila dapat tahu crew aku berjaya untuk menyertai pertandingan Showdown 2013.. acehceh.. sibuk pulak kau nak mengaku diorang tu crew kau.. haha.. selama nie kau biar jewp diorang terumbang ambing.. hey hello.. aku selalu update pasal diorang k.. cuma tak ada masa jewp nak lepak dengan diorang yang super gila-2 tu.. tapi aku selalu contact dengan bestfriend aku ( EJ ) untuk amik tahu pasal dia and the crew.. btw, RETURN CREW... TAHNIAH..!! actually masa Showdown 2010 pown diorang ada join tapi rezeki tak berpihak pada diorang.. Wakaka Crew yang dianggotai oleh Alam yang menang tahun tu.. tapi tahun nie mereka kembali dengan semangat dan gaya yang baru.. Hahaha.. Cayok-2.. 

untuk Showdown 2013 nie peserta Return Crew terdiri dari 8 orang.. mereka adalah Farhan Marzuki, Zarul, Ebal, Ej, Khamizee Khalid, Khamizan Khalid, Ajiek n Aizam Ramlee.. ahli Return crew nie ramai sebenarnya.. sampai kadang-2 aku pun keliru dengan muka diorang.. salah seorang dari ahli diorang iaitu Asul tak dapat join sebab dia kena masuk PLKN.. alolo.. cian adik aku yang sorang ue.. Eeyh.. adik kew.? haha.. whatever lorh..

- Farhan Marzuki, Khamizee Khalid, Aizam Ramlee, Ajiek, Zarul, Ebal, Ej, Khamizan Khalid -

yang depan : Ej and Farhan Marzuki
yang kepala terbalik : Khamizan Khalid
yang belakang : Ajiek, Khamizee Khalid, Aizam Ramlee, Ebal and Zarul

- Farhan Marzuki, Khamizee Khalid, Aizam Ramlee, Ajiek, Zarul, Ebal, Ej, Khamizan Khalid -

- Farhan Marzuki, Ej, Aizam Ramlee, Ajiek, Zarul, Ebal, Khamizan Khalid -

yang belakang : Ajiek, Aizam Ramlee, Zarul
yang depan : Farhan Marzuki, Khamizan Khalid, Ej, Ebal

- Farhan Marzuki, Ej, Aizam Ramlee, Ajiek, Zarul, Ebal, Khamizan Khalid -

haa.. pada korang yang rasa dah minat dengan Return Crew nie bolehlah add FB diorang untuk mengikuti semua aktiviti diorang.. Insyaallah diorang nie semua tak sombong..

Return Crew and the crew @ facebook :


Create By :

Fathin Nadziha ( Budakx Lesung Batu ) @ facebook :


facebook timeline : Nadziha Aidil
facebook page : Fathin Nadziha