En. Nuffnang..

Wednesday, 19 June 2013

Bercuti Di Sarawak.. ( Last Part )


Assalammualaikum..

8 june 2013, 08.00 am.. bermulalah perjalanan kiteorang untuk keluar dari Kg Sg Kakus, Jalan Telaga Kumang, Sebuyau, Kuching, Sarawak.. hukhuk... sedih sangat sebab aku masih tak puas dekat rumah panjang.. tapi nak buat macam manakan.. tahun depan kalau panjang umur kita datang lagi k..

-- bye-2 semua.. tahun depan kita mesti datang lagi --

lepas keluar dari kg kiteorang taklah terus balik JB.. kiteorang stay rumah dekat Bandar Kuching pulak sebab ibu nak beli barang yang kawan-2 dia kirim.. dah alang-2 nak beli barang baik jalan-2 sekalikan.. hehe..


tempat pertama yang Gracie ( cousin Aidil ) bawak kiteorang ialah Pasar Satok.. rasanya pasar satok nie paling famous kowt dekat sarawak sebab mana-2 orang yang pergi sarawak mesti cerita pasal pergi pasar satok.. tujuan pergi sini sebab ibu nak cari kek lapis.. adush.. kek lapis jewp kowt.. nak pula keluaran tertentu, bukan  sebarangan.. leceh betul orang yang order dekat ibu aku tu.. hehe..


haa.. nasib baik jumpa salah satu dari keluaran yang kawan-2 ibu aku order tu.. Mira Cake House, ouh.. ini rupanya, lagi 1 pula nak keluaran Kek Lapis Dayang Salhah, eyh betul kew .? entah yang dayang-2 gitu loe nama dia.. tapi Kek Lapis Dayang ue tak ada dekat pasar satok.. tak apa, Gracie boleh bawak kiteorang ke kilang Kek Lapis Dayang Salhah tu.. yeaass... tak nak menghampakan orang JB kononnya.. seronok korang ea order-2 kek lapis, bak tang duit minyak kereta orang.. :)

destinasi seterusnya WaterFront, Kuching, Sarawak...


nak ke waterfront tu kiteorang kena jalan kaki sikit sebab tempat parkingnya jauh.. maybe ada yang dekat tapi tak apalah sebab dari dalam kereta aku asik memekak nak amik gambar kucing tu.. hehe..

--> with my ibu, mummy and abak <--

--> with my future husband, insyaallah <--

terselahkan kegelapan masing-2.? hehe.. yang penting kecomelan kak teyn nie masih terpelihara.. haha.. poyo giler aku nie.. ingat aku kisah.? urgh..


nie dekat waterfront.. time nie tenggah tunggu sampan amik kiteorang untuk keseberang.. tambang hanya 50sen jewp.. murahkan.? memang r murah, tak sampai 5 minit pon na seberang sungai tu.. ibu aku cakap dekat sungai tu ada buaya, sebab tu tak boleh bising-2.. iye kew.? yeye jewp erk.. tak nampak pun buaya.. tapi kalau nampak dah confirm-2 aku yang ajak balik dulu.. :)





kalau dekat sini korang tak payah risau kena tunggu lama ke tak sebab sampan diorang banyak.. 1 pergi 1 datang so tak perlu tunggu lama pun.. just diri jewp dekat jetty tu nanti datang la pakcik-2 yang bawak sampan nie.. lagi 1 tolong sediakan duit kecik ok.. jangan ingat korang tu melancong nak belagak bagi pakcik-2 tu duit besar.. kalau sekali naik 10 orang tak apa, nie kalau setakat 2 3 ketul ta payah ngada-2.. eyh.. teremosi pula kak teyn nie.. hihi..

--> abaikan makcik tu ok.. dia tiada kena mengena dengan kami :) <--

--> senyum-2 suspen nie, seram kowt weyh.. sampan tu goyang-2.. <--

turun jewp dari sampan tu ibu terus pergi kilang Kek Lapis Dayang Salhah.. dekat dalam tu aku rasa adalah dalam setengahjam lebih.. time untuk membayar pulak.. eyh-2, cashier dia en.gadis ( pondan ) lorh.. perghh.. punya loe selege + gedik giler.. dengan kiteorang pun nak speaking english.. walaweh... kau tengok kiteorang nie ada macam pelancong dari Ostolia ( australia ) kew.? dah kira-2 semua sekali rm145.00 then dia cakap kalau kiteorang amik 1 lagi kek lapis yang harga rm25 dia just kira rm5 jewp.. so aku amik lorh kek lapis cadburry cheese pastu dia cakap kek lapis tu rm20, aku dah nak menyirap dah.. dah sah-2 dekat icebox tu tulis harga cadburry cheese rm25 so what the false.? last-2 dia dah bengang dia cakap "ops.. sorry.. i confius tadi.. sebab tokey laksa tu cakap dengan i".. apa kejadahnya si en.gadis nie.. huh..bedak jewp tebal.. emosi betul aku bila fikir balik pasal si en.gadis tu..


lepas ibu dah habis borong kek lapis ingatkan nak pergi makan.. eyh.. dia singgah pula dekat kedai yang jual ikan terubuk.. habis semua ikan tu aku rasa dia borong.. yang orang kirim lain yang yang sendiri punya lain.. yela bukan senang nak cari ikan terubuk sarawak nie kan..

sedar tak sedar hari dah makin gelap.. ok, mummy dengan abak pun dah letih.. kecian diorang.. kalau ikut Aidil dia nak jewp jalan lagi tapi kesian pulak dekat mummy dengan abak.. sebelum balik kiteorang singgah shopping complex jap, beli cermin mata untuk mummy then terus balik rumah kemas barang apa semua, tidur..

9 june 2013, 04.30 am.. memandangkan flight balik JB pukul 6.05 am so kenalah bangun awal-2 subuh.. rasa berat hati nak tinggalkan sarawak, tapi aku kena balik juga.. muka Aidil pun tak semangat langsung nak balik.. tapi kiteorang ada kerja di sini.. Insyaallah lepas kahwin nanti kiteorang akan stay Sarawak.. Aku nak jadi orang Sarawakian pula.. haha..

Bye-2..
Thankz 4 Reading..

Tuesday, 18 June 2013

Bercuti Di Sarawak.. ( Part 2 )


Assalammualaikum..

korang yang masuk sini dah baca part 1 belum.? kalau belum meh klik -- Bercuti Di Sarawak.. ( Part 1 ) -- dah baca dah.? ok, let's continue my story..


selama 3 hari dekat rumah panjang aku rasa best giler, sebab orang-2 dekat sana memang peramah habislah.. then selama 3 hari tu juga tak putus-2 jiran and sedara-mara datang walaupun hari-2 muka yang sama.. Aidil cakap macam tulah cara orang rumah panjang.. senang cakap diorang nie menghargai tetamu lorh..


walaupun bahasa mereka sangat berbeza dengan bahasa johor tapi kiteorang tak susah sebab tukang translate ada.. hehe.. Tq b sebab sudi jadi tukang translate tak berbayar kami.. ahakx..



ok.. waktu malam pula orang-2 dekat rumah panjang nie ada kelas.. pendek cakap sekolah orang tua lorh.. masing-2 semua bersemangat untuk belajar, sebelum pukul 7 semua dah ready.. yang hidupkan lampu lain, yang bentang tikar lain.. aku suka semangat yang ada pada diorang.. thankz pada kerajaan sebab wujudkan kelas macam nie untuk mereka.. that why aku sokong kerajaan habis-habisan.. cewaaah..


petang-2 Aidil bawak aku jalan-2 dekat sekitar rumah panjang.. udara segar jewp.. kalaulah air sungai tu jernih dah lama aku terjun.. sungai tu bukan kotor tapi air dia warna hitam sebab dari tanah gambut.. patut lorh dulu Aidil tak bagi aku mandi sungai.. hihi.. tapi dapat juga mandi dekat sungai ue sekali.. pastu tak boleh mandi dah sebab kulit aku gatal-2.. haish.. susahkan kalau ada kulit sensitif nie.. semua tak boleh..


haaa... comel tak boy nie.? ini anak angkat Aidil dekat kg.. Amanuel kalau tak silap aku nama dia.. kalau korang dengar dia cakap confirm korang geram.. memang clear habis dia cakap.. tak pelat langsung.. padahal umur baru nak masuk 2 tahun.. Aidil cakap dia nie bestfriend mummy dekat kg.. hehe.. maklumlah mummy kan sorang-2 dekat kg.. xpe mmy, nanti kiteorang bagi mummy cucu ye.. haha.. entah bila lah gaknya..

BERSAMBUNG...

Monday, 17 June 2013

Bercuti Di Sarawak.. ( part 1 )


Assalammualaikum..

haish... hari nie baru berkesempatan nak story about my holiday.. yeaargh.. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik semuanya berjalan dengan lancar.. no flight delay, no problem with our luggage n everything is ok..


flight hari rabu_5 june 2013, 06.55 am.. biasalahkan kalau naik flight mesti kena check in 2 jam lebih awal.. huh... punyalah susah nak tidur malam tu sebab takut lambat bangun.. last-2 dua2 handphone aku set alarm..
excited punya pasal.. hehe.. tak sabar nak jumpa buah hati dekat sana.. baru seminggu kowt berpisah.. hey seminggu macam setahun doe.. hakhakhak...


masa kapal terbang ue dah nak gerak ibu cakap telinga dia berdesing tapi aku rasa ok jewp.. cehh.. macam bangga r sebab aku tak rasa apa-2 effect macam orang lain cakap sebelum nie.. tapi bila dah lebih kurang 1 jam dekat atas tu aku mula rasa nak muntah.. relax-2, kepala aku pula pening.. pergh.. tekak dah memang loya habis.. takkan nak muntah dekat situ beb.. Eeeuu.. last-2 dengar pramugari buat announcement yang flight dah nak landing.. fuhh.. lega rasa time ue.. mintak ibu minyak kapak sikit pastu pejamkan mata 5 minit.. terus rasa lega..




lepas dah setel check imigresen aku terus ke lobi airport.. cari-2 Aidil tak jumpa.. dia cakap dia tunggu dekat situ.. huh.. hampehnya pakcik, dia main sorok-2 dengan kita pula.. dia ingat tiang yang besar tu boleh lindung dia gakxnya.. hello cik Aidil, ini Fathin Nadziha la.. hehe.. bila tengok dia untuk pertama kalinya selepas seminggu tak jumpa, Ya Allah.. hitamnya.. haha..



untuk ke kg Aidil mengambil masa dalam 2 jam jugalah.. syok juga dalam perjalanan tu.. macam-2 boleh tengok.. sampai 1 tempat kiteorang kena naik ferry, masa van dah masuk dalam ferry ue kitaorang keluarlah.. menikmati permandangan kononnya.. hehe..


ok.. akhirnya sampai juga kami di kg Aidil.. Kg. Sg. Kakus, Jalan Telaga Kumang, Sebuyau, Kuching, Sarawak.. haaa... amik kau dia punya nama kg.. hikhik.. ingat senang ke nak masuk kg nie.? korang kena jalan kaki sepanjang 3km dulu baru korang boleh sampai sini.. fuhh.. perasaan aku time ue.? tak adalah susah sangat sebab kiteorang memang dah biasa jalan kaki..

kiteorang masuk jewp Rumah Panjang ue terus semua jiran-2 n sedara-mara datang serbu rumah Aidil.. Wow.. terkejut juga aku time tu tapi lebih rasa teruja sebab macam gitu sekali sambutan diorang untuk orang luar macam aku dengan ibu.. hihi..

BERSAMBUNG...

Thursday, 13 June 2013

It's Ok Return Crew..


Assalammualaikum..

lamakan blog nie terbiar.? ahakx.. biasalah tuan empunya blog nie baru balik dari cuti-2 malaysia.. hari nie baru berkesempatan nak update blog.. hihi.. ouh.. ye.. dalam bergembira bercuti di Sarawak, ada juga berita sedih yang diterima..


pada peminat rancangan realiti Showdown maybe ramai yang dah tahukan group mana yang berjaya and group mana yang gagal ke peringkat seterusnya.. group aku "Return Crew" hanya mampu sampai ke peringkat Quarter Final jewp.. Ouh.. sedihnya..


BUT.... it's ok guy.. atleast korang dah buat yang terbaik.. apapun aku suka semangat yang ada pada korang.. macam tulah kawan aku.. hehe.. perjalanan dance korang tak sampai dekat situ jewp.. Insyaallah lepas nie mesti akan ada job untuk korang kan.?? hehe.. yang penting usaha beb..


biar menyesal sekarang beb jangan menyesal nanti.. aku tetap support korang..
hope korang menang untuk muzik extra tu nanti..
Insyaallah..
 Bye-2..

Monday, 3 June 2013

Yeay.. Return Crew Ke Quarter Final ( Showdown 2013 )..


Assalammualaikum..


RETURN CREW.!!! Tahniah guys.. seperti post aku yang lepas kan aku ada cakap crew aku masuk Showdown 2013 kan.? tak baca lagi.? meh klik SINI dulu.. untuk Showdown 2013 nie diorang buat perubahan sedikit.. ada 3 kategori iaitu Junior, Open and All Star.. untuk kategori Junior pesertanya bawah 18 tahun dan untuk kategori Open dah tentulah tiada had umurkan.. untuk kategori All Star pulak, aku dengar-2 penari yang dijemput khas oleh pihak Showdown sendiri.. wow.. confirm yang hebat-2 nie.. agak-2 Wakaka Crew ada tak.? kita suka Wakaka Crew juga.. ahakx..


crew aku masuk untuk kategori Open, aku tengok pesaing diorang hebat-2 juga semalam.. Return Crew.!! korang mesti buat yang terbaik ok.. Return Crew boleh, JDT pown boleh.. tiba-2 masuk JDT pulak pahal.. haha..

dapat snap 1 gambar jewp.. apa punya cameraman lorh kan..

barisan juri yang mengadili persembahan semalam...
Bboy Full Deck, Junior Boogaloo and juri tetap Joe Flizzow..


pada korang yang tak tahu, Showdown 2013 akan bersiaran pada setiap hari Sabtu, 10.30 malam dan Ahad, 10.00 malam.. dan pada yang terlepas episod yang lepas jangan risau, sebab korang masih boleh tengok dekat Tonton.Com.. tapi kena register dulu lorh.. tak susah pown, register 2 pown free beb.. lepas nii jangan miss setiap episod k.. support crew aku juga tau kalau korang minat..

hari rabu dah terbang ke Sarawak..
Cuti-cuti malaysia..
Bye-2 JB..